Wednesday, 3 July 2013

alhamdulillah....



ORANG KATA KALAU ADE BERITA BAIK TAK BAIK KALAU TAK KONGSI KAN KAN KAN….

SO

NAK TAU TAK??
ADE BERITA BAIK NI YANG FRESH LAGI..HEHEHE

NAK TAU? NAK TAU?


TUNGUUUU…….:)



Monday, 10 June 2013

Pameran pendidikan khas di Stadium Darul Makmur Kuantan

Pada 10 – 13 JUN 2013 telah berlangsungnya KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Pendidikan Khas SBT SK Seri Biram telah turut serta dalam pameran pendidikan khas sempena kejohanan tersebut.  Bahan pameran adalah terdiri daripada hasil kerja murid, gambar – gambar aktiviti dan pameran berkaitan kelab doktor muda pendidikan khas.


papan pameran dr muda 

pameran pendidikan khas SKSB


Monday, 20 May 2013

Jualan buah - buahan oleh doktor muda pendidikan khas =)


Buah buahan adalah salah satu sumber makanan yang sering diabaikan oleh kita semua. cuba tanya kepada diri anda...berapa kerapkah anda memakan buah - buahan dalam masa sehari??mungkin ada yang akan menjawab tiada langsung. ini kerana, kesedaran kita untuk lebihkan makan buah buahan adalah kurang.

Begitu juga di sekolah, murid - murid lebih suka mengambil/ membeli makanan yang bergoreng seperti ayam goreng, nuget dsb..atas kesedaran itu, doktor muda pendidikan khas dengan bantuan guru pembimbing telah menjual buah buahan seperti buah tembikai dan buah betik di samping menyebarkan maklumat mengenai kebaikan mengambil buah - buahan. Alhamdulillah, bukan sahaja mendaat untung tetapi murid - murid juga mendapat info kesihatan yang berguna =)

jom layan gambar kami =)

baru nak mulakan jualan...mulakan dengan bismillah =)

cikgu fae ambil alih kejap sementara tggu dm 

=)

buah....buah....


orang kuat DM pun sibuk same =)


p/s
Doktor muda juga boleh membuat jualan ketika sambutan hari sukan sekolah, hari kantin, mesyuarat PIBG dsb….

Jom kita sama – sama SIHAT dan CERGAS dan AKTIF =)


 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute