Wednesday, 3 July 2013

alhamdulillah....



ORANG KATA KALAU ADE BERITA BAIK TAK BAIK KALAU TAK KONGSI KAN KAN KAN….

SO

NAK TAU TAK??
ADE BERITA BAIK NI YANG FRESH LAGI..HEHEHE

NAK TAU? NAK TAU?


TUNGUUUU…….:)



Monday, 10 June 2013

Pameran pendidikan khas di Stadium Darul Makmur Kuantan

Pada 10 – 13 JUN 2013 telah berlangsungnya KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Pendidikan Khas SBT SK Seri Biram telah turut serta dalam pameran pendidikan khas sempena kejohanan tersebut.  Bahan pameran adalah terdiri daripada hasil kerja murid, gambar – gambar aktiviti dan pameran berkaitan kelab doktor muda pendidikan khas.


papan pameran dr muda 

pameran pendidikan khas SKSB


Monday, 20 May 2013

Jualan buah - buahan oleh doktor muda pendidikan khas =)


Buah buahan adalah salah satu sumber makanan yang sering diabaikan oleh kita semua. cuba tanya kepada diri anda...berapa kerapkah anda memakan buah - buahan dalam masa sehari??mungkin ada yang akan menjawab tiada langsung. ini kerana, kesedaran kita untuk lebihkan makan buah buahan adalah kurang.

Begitu juga di sekolah, murid - murid lebih suka mengambil/ membeli makanan yang bergoreng seperti ayam goreng, nuget dsb..atas kesedaran itu, doktor muda pendidikan khas dengan bantuan guru pembimbing telah menjual buah buahan seperti buah tembikai dan buah betik di samping menyebarkan maklumat mengenai kebaikan mengambil buah - buahan. Alhamdulillah, bukan sahaja mendaat untung tetapi murid - murid juga mendapat info kesihatan yang berguna =)

jom layan gambar kami =)

baru nak mulakan jualan...mulakan dengan bismillah =)

cikgu fae ambil alih kejap sementara tggu dm 

=)

buah....buah....


orang kuat DM pun sibuk same =)


p/s
Doktor muda juga boleh membuat jualan ketika sambutan hari sukan sekolah, hari kantin, mesyuarat PIBG dsb….

Jom kita sama – sama SIHAT dan CERGAS dan AKTIF =)


Tuesday, 14 May 2013

Konvensyen doktor muda peringkat daerah part 2

update : gambar lagii

tempat kedua - pertandingan bercerita bahasa inggeris

tokoh dr muda

peserta buku informasi





tokoh dr muda

lawatan ke booth pameran dr muda sksb

Saturday, 11 May 2013

Konvensyen doktor muda peringkat daerah 2013

Pada 8 dan 9 Mei yang lalu, konvensyen doktor muda peringkat daerah telahpun diadakan bertempat di SK Ahmad Pekan. Terdapat lapan pertandingan yang dipertandingkan dan SBT SK Seri Biram telah menghantar wakil doktor muda bagi semua pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut ialah :

1.     Pameran kelab doktor muda
2.     Tokoh  doktor muda
3.     Kuiz kesihatan
4.     Bercerita bahasa inggeris
5.     Bercerita bahasa melayu
6.     Sketsa kesihatan
7.     Inovasi
8.     Buku informasi

Alhamdulillah sekali lagi doktor muda drpd SBT SK Seri Biram telah terpilih sebagai TOKOH DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH iaitu adik Mohd Azam.
SBT SK Seri Biram juga telah mendapat tempat dalam beberapa pertandingan. Antaranya ialah :

1.     Pameran kelab doktor muda -----à JOHAN
2.     Tokoh  doktor muda -----à JOHAN
3.     Kuiz kesihatan ------------à TEMPAT KETIGA
4.     Bercerita bahasa inggeris --------à NAIB JOHAN
5.     Bercerita bahasa melayu
6.     Sketsa kesihatan -----------à TEMPAT KETIGA
7.     Inovasi -----------------à JOHAN
8.     Buku informasi--------------------à JOHAN

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA KELAB DOKTOR MUDA DAN JUGA GURU – GURU KELAB DOKTOR MUDA SBT SK SERI BIRAM…..

peserta kuiz kesihatan........

sketsa kesihatan

pameran kesihatan

bahan pameran

pameran lagiiii

lagi2 pameran.hehe

bahan pameran jugee

 lagi update dlm entry strusnya...tungguu!!!

Monday, 6 May 2013



lagi dua hari nak berkonvensyen dr muda peringkat daerah pekan!!!!
GUDLUCK anak2 murid cikgu sekalian...keh3

8 dan 9 Mei 2013




Friday, 26 April 2013

LAWATAN KPM DAN KKM KE PENDIDIKAN KHAS SBT SK SERI BIRAM

Pada 24 April yang lalu, beberapa orang pegawai dari KKM dan KPM telah dtg ke sekolah kebangsaan seri biram bagi melihat perlaksanaan dan pengendalian kelab doktor muda pendidikan khas yang baharu ditubuhkan...

untuk pengetahuan, sk seri biram ni merupakan skolah pertama lah yang ade kelab doktor muda pendidikan khas ni.so...pegawai2 tu dtg nak tgk lah progress kelab ni n klu relevan + bagus..mungkin kelab dr muda pki ni akan diperluaskan..hehe...insyaAllah :)


ketibaan pegawai ke bangunan kelas pend. khas

penerangan ttg cara menggosok gigi oleh dr muda pki smbil diperhatikan oleh pemantau

para pemantau yang sgt sporting :)

cenderahati dr pihak sekolah


wajah ceria ahli kelab dr muda pend. khas


Tuesday, 9 April 2013

TAHUKAH ANDA...

1.      TAHUKAH ANDA ?
Tubuh manusia tidak akan membesar sepantas minggu awal pembentukannya di dalam Rahim. Sekiranya kita membesar pada kadar yang sama selama 50 tahun, saiz tubuh kita akan menjadi lebih besar darpada gunung terbesar di dunia.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM AHMAD AZAM BIN MOHD.NAIM

2.      TAHUKAH ANDA ?
Permukaan kulit terdiri daripada sel halus yang berisi bahan keras dan kuat dinamakan keratin yang kemudiannya mati. Sel ini akan tertangga apabila kita bergerak, mandi dan mengeringkan badan.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD SYAMIL ZIKRI B.ISMAYUDDIN

3.      TAHUKAH ANDA?
Kuku terbentuk daripada keratin. Kuku lebih cepat tumbuh pada waktu malam. Kuku secara puratanya akan tumbuh sebanyak setengah milimeter setiap minggu. Akar kuku yang tumbuh terlindung di bawah permukaan kulit.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM ALIF ZHAFRAN B. MUHAMADIAH ISKANDAR

4.      TAHUKAH ANDA ?
Manusia memiliki sebanyak 206 tulang. Tulang mempunyai lapisan luar yang keras, diikuti lapisan span dan sumsum yang lembut di bahagian tengahnya.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM FARIS HATIMI B. ZAMRI

TAHUKAH ANDA?
Senyuman lebih mudah daripada mengerutkan dahi. Terdapat kira- kira 40 otot di bawah kulit kita.Semua otot akan digunakan semasa mengerutkan dahi berbanding hanya separuh sahaja jika kita tersenyum lebar.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD SYAZWAN B. ZAKARIA

5.      TAHUKAH ANDA ?
Bahagian utama sistem pernafasan manusia  ialah dua paru- paru di dada.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MOHD.DANIAL IMAN B. HAZLIN


6.      TAHUKAH ANDA ?
Set gigi pertama boleh bertahan sehingga 10 tahun , manakala set gigi kedua boleh bertahan 10 kali ganda lamanya.
( Sumber:Buku Tubuh Manusia:Steve Parker) DM TARIQ B. ISKANDAR


TAHUKAH ANDA ?
Jumlah gigi susu ialah 20 batang.Gigi susu mula tumbuh ketika kita berusia 6 bulan dan terakhir pada usia 3 tahun. Ia akan mula tertanggal sekitar usia 7 tahun.Ia akan digantikan dengan gigi kekal 32 batang.
( Sumber:Buku Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD HAZIQ B. NAZRI

TAHUKAH ANDA ?
Otak tidak pernah tidur! Gelombang EEG menunjukkan otak kita bekerja kuat pada waktu malam sama seperti kita berjaga. Ia masih mengawal degupan jantung, pernafasan dan pencernaan. Ia juga menapis peristiwa pada siang hari dan menyimpan memori.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM PUTERI SITI ZUBAIDAH BT AHMAD NORHISHAM PUTRA

TAHUKAH ANDA ?
Lidah mampu mengenali 4 jenis rasa, iaitu manis, masam, masin dan pahit. Lidah mempunyai sekitar 9 ribu taste bud. Setiap tste bud memiliki 50 – 100 deria yang sedia menerima isyarat dan mengirimnya dengan segera ke otak.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM EMYLIA ARIESYA BT RAMLAN

TAHUKAH ANDA?
Bulu halus yang berlapis lendir di dalam hidung akan menapis kotoran udara dari luar, sehingga udara yang masuk menjadi bersih.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NURIZYAN ATHILAH BT JASMADI

TAHUKAH ANDA ?
Air mata berfungsi melindungi mata dari kuman dan mengandungi Lyzosime yang dapat membunih pelbagai jenis mikrob.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NUR ATHIRAH IZZATI BT MOHD ADNAN

TAHUKAH ANDA
Menguap itu merupakan reaksi tubuh jika kekurangan udara. Ketika menguap akan l ebih banyak oksigen yang masuk. Oleh itu,  biasanya selepas menguap kita akan rasa mengantuk.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM SHARIFAH NUR IZZATI BT SYED ADNAN

TAHUKAH ANDA ?
Fungsi hati ialah menapis di dalam system peredaran darah dengan membersihkan kelebihan zat- zat seperti ubat dan hormon di dalam tubuh kita. Hati juga dapat memperbaiki dirinya sendiri jika mengalami kerosakan.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM AISYAH NUR NAZIHAH BT AZAMAN

TAHUKAH  ANDA ?
Setiap manusia mempunyai 4 jenis bentuk gigi iaitu gigi kacip ( insisor), gigi taring ( kanin), gigi geraham depan ( pre molar dan gigi geraham belakang ( molar ).
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NUR’AINATUN   NAJWA BT SHAHRIMAN

TAHUKAH ANDA ?
Penjagaan kesihatan mata yang baik alah dengan memakan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, tomato, buah- buahan dan minum banyak air.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda ) DM ABDUL AZIM FAREEZ BN AKHYANI

TAHUKAH ANDA ?
Fungsi carta Sneelen adalah untuk menguji ketajaman penglihatan. Bacaan 6 / 60 pada carta Snellen ialah  ‘ 6 ‘ merujuk kepada jarak 6 meter di antara murid dengan carta Snellen, ‘60’ merujuk kepada huruf bersaiz 60.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda ) DM AHMAD MUQRI  SYAHID B.MOHD.SHAHIR

TAHUKAH ANDA ?
Penyakit berjangkit yang terjadi akibat persekitaran yang tidak bersih ialah demam Denggi, Chikungunya, Taun, keracunan makanan, demam kepialu d leptospirosis.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda ) DM SUHAIMI BIN MAZLAN

TAHUKAH ANDA ?
Tanda – tada anda  mula diserang stress ialah apabila jantung berdegup kencang, sukar bernafas, cepat marah, tidak gembira, tiada selera makan, tidak cukup tidur, hilang minat, ingin membalingkan sesuatu dan cuba mengasingkan diri.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda ) DM MUHAMMAD SYAHMI AMIR B.MOHD.RAZUAN

TAHUKAH ANDA ?
Merokok menyebabkan 25% daripada penyakit jantung koronori, 75% daripada penyakit saluran pernafasan kronik dan 90 % daripada kesemua kes barah paru- paru.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda )  DM NADILA SYAKIRA BT ZOHARI






Thursday, 14 March 2013

WARGA KELAB DOKTOR MUDA PENDIDIKAN KHAS SBT SKSB =)




p/s = kami berbangga menjadi warga kelab doktor muda pendidikan khas

COMEL TAK KAMI????? HEHEHEHEHE

Sunday, 3 March 2013

Program “ Gigi Sihat Sepanjang Masa”


Oleh : Dr intan drpd klinik pergigian daerah pekan

Tempat : Bilik I pintar Pendidikan khas

Tarikh : 1 Mac 2013


Penglibatan : Semua murid pendidikan khas

dalam program ini, Dr Intan telah menunjukkan demonstrasi  cara menggosok gigi dengan betul dan menerangkan kepada murid mengenai kepentingan menjaga kebersihan gigi.
selain itu, murid - murid juga menjalankan amali menggosok gigi dengan betul bersama Dr Intan. 
Diharap dengan adanya program seperti ini, murid - murid tidak lagi mengabaikan penjagaan gigi iaitu menggosok gigi dengan cara yang betul. :)

penerangan oleh DR Intan

amali menggosok gigi

penerangan oleh DM PKI

murid sedang menggunakan replika gigi dan berus

sebahagian peserta program yang hadir


Tuesday, 26 February 2013

Program “ Kebersihan diri ”


Oleh :  SN Malini dari Unit kesihatan Sekolah

Tarikh : 22 Februari 2013


          Dalam program ini, SN Malini memberi penerangan kepada murid – murid pendidikan khas berkaitan pentingnya menjaga kebersihan diri. Contohnya 7 langkah mencuci tangan yang betul. Melalui program ini, DM pendidikan khas dapat dilatih untuk menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan kepada murid yang lain pula. J J J J






 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute