Friday, 26 April 2013

LAWATAN KPM DAN KKM KE PENDIDIKAN KHAS SBT SK SERI BIRAM

Pada 24 April yang lalu, beberapa orang pegawai dari KKM dan KPM telah dtg ke sekolah kebangsaan seri biram bagi melihat perlaksanaan dan pengendalian kelab doktor muda pendidikan khas yang baharu ditubuhkan...

untuk pengetahuan, sk seri biram ni merupakan skolah pertama lah yang ade kelab doktor muda pendidikan khas ni.so...pegawai2 tu dtg nak tgk lah progress kelab ni n klu relevan + bagus..mungkin kelab dr muda pki ni akan diperluaskan..hehe...insyaAllah :)


ketibaan pegawai ke bangunan kelas pend. khas

penerangan ttg cara menggosok gigi oleh dr muda pki smbil diperhatikan oleh pemantau

para pemantau yang sgt sporting :)

cenderahati dr pihak sekolah


wajah ceria ahli kelab dr muda pend. khas


Tuesday, 9 April 2013

TAHUKAH ANDA...

1.      TAHUKAH ANDA ?
Tubuh manusia tidak akan membesar sepantas minggu awal pembentukannya di dalam Rahim. Sekiranya kita membesar pada kadar yang sama selama 50 tahun, saiz tubuh kita akan menjadi lebih besar darpada gunung terbesar di dunia.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM AHMAD AZAM BIN MOHD.NAIM

2.      TAHUKAH ANDA ?
Permukaan kulit terdiri daripada sel halus yang berisi bahan keras dan kuat dinamakan keratin yang kemudiannya mati. Sel ini akan tertangga apabila kita bergerak, mandi dan mengeringkan badan.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD SYAMIL ZIKRI B.ISMAYUDDIN

3.      TAHUKAH ANDA?
Kuku terbentuk daripada keratin. Kuku lebih cepat tumbuh pada waktu malam. Kuku secara puratanya akan tumbuh sebanyak setengah milimeter setiap minggu. Akar kuku yang tumbuh terlindung di bawah permukaan kulit.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM ALIF ZHAFRAN B. MUHAMADIAH ISKANDAR

4.      TAHUKAH ANDA ?
Manusia memiliki sebanyak 206 tulang. Tulang mempunyai lapisan luar yang keras, diikuti lapisan span dan sumsum yang lembut di bahagian tengahnya.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM FARIS HATIMI B. ZAMRI

TAHUKAH ANDA?
Senyuman lebih mudah daripada mengerutkan dahi. Terdapat kira- kira 40 otot di bawah kulit kita.Semua otot akan digunakan semasa mengerutkan dahi berbanding hanya separuh sahaja jika kita tersenyum lebar.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD SYAZWAN B. ZAKARIA

5.      TAHUKAH ANDA ?
Bahagian utama sistem pernafasan manusia  ialah dua paru- paru di dada.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MOHD.DANIAL IMAN B. HAZLIN


6.      TAHUKAH ANDA ?
Set gigi pertama boleh bertahan sehingga 10 tahun , manakala set gigi kedua boleh bertahan 10 kali ganda lamanya.
( Sumber:Buku Tubuh Manusia:Steve Parker) DM TARIQ B. ISKANDAR


TAHUKAH ANDA ?
Jumlah gigi susu ialah 20 batang.Gigi susu mula tumbuh ketika kita berusia 6 bulan dan terakhir pada usia 3 tahun. Ia akan mula tertanggal sekitar usia 7 tahun.Ia akan digantikan dengan gigi kekal 32 batang.
( Sumber:Buku Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD HAZIQ B. NAZRI

TAHUKAH ANDA ?
Otak tidak pernah tidur! Gelombang EEG menunjukkan otak kita bekerja kuat pada waktu malam sama seperti kita berjaga. Ia masih mengawal degupan jantung, pernafasan dan pencernaan. Ia juga menapis peristiwa pada siang hari dan menyimpan memori.
( Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM PUTERI SITI ZUBAIDAH BT AHMAD NORHISHAM PUTRA

TAHUKAH ANDA ?
Lidah mampu mengenali 4 jenis rasa, iaitu manis, masam, masin dan pahit. Lidah mempunyai sekitar 9 ribu taste bud. Setiap tste bud memiliki 50 – 100 deria yang sedia menerima isyarat dan mengirimnya dengan segera ke otak.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM EMYLIA ARIESYA BT RAMLAN

TAHUKAH ANDA?
Bulu halus yang berlapis lendir di dalam hidung akan menapis kotoran udara dari luar, sehingga udara yang masuk menjadi bersih.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NURIZYAN ATHILAH BT JASMADI

TAHUKAH ANDA ?
Air mata berfungsi melindungi mata dari kuman dan mengandungi Lyzosime yang dapat membunih pelbagai jenis mikrob.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NUR ATHIRAH IZZATI BT MOHD ADNAN

TAHUKAH ANDA
Menguap itu merupakan reaksi tubuh jika kekurangan udara. Ketika menguap akan l ebih banyak oksigen yang masuk. Oleh itu,  biasanya selepas menguap kita akan rasa mengantuk.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM SHARIFAH NUR IZZATI BT SYED ADNAN

TAHUKAH ANDA ?
Fungsi hati ialah menapis di dalam system peredaran darah dengan membersihkan kelebihan zat- zat seperti ubat dan hormon di dalam tubuh kita. Hati juga dapat memperbaiki dirinya sendiri jika mengalami kerosakan.
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM AISYAH NUR NAZIHAH BT AZAMAN

TAHUKAH  ANDA ?
Setiap manusia mempunyai 4 jenis bentuk gigi iaitu gigi kacip ( insisor), gigi taring ( kanin), gigi geraham depan ( pre molar dan gigi geraham belakang ( molar ).
( Sumber: Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NUR’AINATUN   NAJWA BT SHAHRIMAN

TAHUKAH ANDA ?
Penjagaan kesihatan mata yang baik alah dengan memakan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, tomato, buah- buahan dan minum banyak air.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda ) DM ABDUL AZIM FAREEZ BN AKHYANI

TAHUKAH ANDA ?
Fungsi carta Sneelen adalah untuk menguji ketajaman penglihatan. Bacaan 6 / 60 pada carta Snellen ialah  ‘ 6 ‘ merujuk kepada jarak 6 meter di antara murid dengan carta Snellen, ‘60’ merujuk kepada huruf bersaiz 60.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda ) DM AHMAD MUQRI  SYAHID B.MOHD.SHAHIR

TAHUKAH ANDA ?
Penyakit berjangkit yang terjadi akibat persekitaran yang tidak bersih ialah demam Denggi, Chikungunya, Taun, keracunan makanan, demam kepialu d leptospirosis.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda ) DM SUHAIMI BIN MAZLAN

TAHUKAH ANDA ?
Tanda – tada anda  mula diserang stress ialah apabila jantung berdegup kencang, sukar bernafas, cepat marah, tidak gembira, tiada selera makan, tidak cukup tidur, hilang minat, ingin membalingkan sesuatu dan cuba mengasingkan diri.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda ) DM MUHAMMAD SYAHMI AMIR B.MOHD.RAZUAN

TAHUKAH ANDA ?
Merokok menyebabkan 25% daripada penyakit jantung koronori, 75% daripada penyakit saluran pernafasan kronik dan 90 % daripada kesemua kes barah paru- paru.
( Sumber: Modul Latihan Doktor Muda )  DM NADILA SYAKIRA BT ZOHARI






 
♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute