1. TAHUKAH ANDA ?
Tubuh
manusia tidak akan membesar sepantas minggu awal pembentukannya di dalam Rahim.
Sekiranya kita membesar pada kadar yang sama selama 50 tahun, saiz tubuh kita
akan menjadi lebih besar darpada gunung terbesar di dunia.
(
Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM AHMAD
AZAM BIN MOHD.NAIM
2. TAHUKAH ANDA ?
Permukaan
kulit terdiri daripada sel halus yang berisi bahan keras dan kuat dinamakan
keratin yang kemudiannya mati. Sel ini akan tertangga apabila kita bergerak,
mandi dan mengeringkan badan.
(
Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD SYAMIL ZIKRI B.ISMAYUDDIN
3. TAHUKAH ANDA?
Kuku
terbentuk daripada keratin. Kuku lebih cepat tumbuh pada waktu malam. Kuku
secara puratanya akan tumbuh sebanyak setengah milimeter setiap minggu. Akar
kuku yang tumbuh terlindung di bawah permukaan kulit.
(
Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM ALIF
ZHAFRAN B. MUHAMADIAH ISKANDAR
4. TAHUKAH ANDA ?
Manusia
memiliki sebanyak 206 tulang. Tulang mempunyai lapisan luar yang keras, diikuti
lapisan span dan sumsum yang lembut di bahagian tengahnya.
(
Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM FARIS HATIMI B. ZAMRI
TAHUKAH
ANDA?
Senyuman
lebih mudah daripada mengerutkan dahi. Terdapat kira- kira 40 otot di bawah
kulit kita.Semua otot akan digunakan semasa mengerutkan dahi berbanding hanya
separuh sahaja jika kita tersenyum lebar.
(
Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD SYAZWAN B. ZAKARIA
5. TAHUKAH ANDA ?
Bahagian
utama sistem pernafasan manusia ialah
dua paru- paru di dada.
(
Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MOHD.DANIAL IMAN B. HAZLIN
6. TAHUKAH ANDA ?
Set gigi
pertama boleh bertahan sehingga 10 tahun , manakala set gigi kedua boleh
bertahan 10 kali ganda lamanya.
( Sumber:Buku
Tubuh Manusia:Steve Parker) DM TARIQ B. ISKANDAR
TAHUKAH ANDA
?
Jumlah gigi
susu ialah 20 batang.Gigi susu mula tumbuh ketika kita berusia 6 bulan dan
terakhir pada usia 3 tahun. Ia akan mula tertanggal sekitar usia 7 tahun.Ia
akan digantikan dengan gigi kekal 32 batang.
( Sumber:Buku
Tubuh Manusia:Steve Parker) DM MUHAMMAD HAZIQ B. NAZRI
TAHUKAH ANDA
?
Otak tidak
pernah tidur! Gelombang EEG menunjukkan otak kita bekerja kuat pada waktu malam
sama seperti kita berjaga. Ia masih mengawal degupan jantung, pernafasan dan
pencernaan. Ia juga menapis peristiwa pada siang hari dan menyimpan memori.
(
Sumber:Tubuh Manusia:Steve Parker) DM PUTERI SITI ZUBAIDAH BT AHMAD
NORHISHAM PUTRA
TAHUKAH ANDA
?
Lidah mampu
mengenali 4 jenis rasa, iaitu manis, masam, masin dan pahit. Lidah mempunyai
sekitar 9 ribu taste bud. Setiap tste bud memiliki 50 – 100 deria yang sedia
menerima isyarat dan mengirimnya dengan segera ke otak.
( Sumber:
Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM EMYLIA ARIESYA BT
RAMLAN
TAHUKAH
ANDA?
Bulu halus
yang berlapis lendir di dalam hidung akan menapis kotoran udara dari luar,
sehingga udara yang masuk menjadi bersih.
( Sumber:
Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NURIZYAN ATHILAH
BT JASMADI
TAHUKAH ANDA ?
Air mata berfungsi melindungi mata dari kuman dan
mengandungi Lyzosime yang dapat membunih pelbagai jenis mikrob.
( Sumber:
Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NUR ATHIRAH IZZATI BT MOHD ADNAN
TAHUKAH ANDA
Menguap itu
merupakan reaksi tubuh jika kekurangan udara. Ketika menguap akan l ebih banyak
oksigen yang masuk. Oleh itu, biasanya
selepas menguap kita akan rasa mengantuk.
( Sumber:
Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM SHARIFAH NUR
IZZATI BT SYED ADNAN
TAHUKAH ANDA
?
Fungsi hati
ialah menapis di dalam system peredaran darah dengan membersihkan kelebihan
zat- zat seperti ubat dan hormon di dalam tubuh kita. Hati juga dapat
memperbaiki dirinya sendiri jika mengalami kerosakan.
( Sumber:
Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM AISYAH NUR
NAZIHAH BT AZAMAN
TAHUKAH ANDA ?
Setiap manusia mempunyai 4 jenis bentuk gigi iaitu gigi
kacip ( insisor), gigi taring ( kanin), gigi geraham depan ( pre molar dan gigi
geraham belakang ( molar ).
( Sumber:
Buku Ensiklopedia Islamik Saintis Muda: Synergy Media) DM NUR’AINATUN NAJWA BT SHAHRIMAN
TAHUKAH ANDA
?
Penjagaan
kesihatan mata yang baik alah dengan memakan makanan yang mengandungi vitamin A
seperti lobak merah, bayam, tomato, buah- buahan dan minum banyak air.
( Sumber:
Modul Latihan Doktor Muda ) DM ABDUL AZIM FAREEZ BN AKHYANI
TAHUKAH ANDA
?
Fungsi carta
Sneelen adalah untuk menguji ketajaman penglihatan. Bacaan 6 / 60 pada carta
Snellen ialah ‘ 6 ‘ merujuk kepada jarak
6 meter di antara murid dengan carta Snellen, ‘60’ merujuk kepada huruf bersaiz
60.
( Sumber:
Modul Latihan Doktor Muda ) DM AHMAD MUQRI SYAHID
B.MOHD.SHAHIR
TAHUKAH ANDA ?
Penyakit berjangkit yang terjadi akibat persekitaran yang
tidak bersih ialah demam Denggi, Chikungunya, Taun, keracunan makanan, demam
kepialu d leptospirosis.
( Sumber:
Modul Latihan Doktor Muda ) DM SUHAIMI BIN MAZLAN
TAHUKAH ANDA ?
Tanda – tada anda
mula diserang stress ialah apabila jantung berdegup kencang, sukar
bernafas, cepat marah, tidak gembira, tiada selera makan, tidak cukup tidur,
hilang minat, ingin membalingkan sesuatu dan cuba mengasingkan diri.
( Sumber:
Modul Latihan Doktor Muda ) DM MUHAMMAD SYAHMI AMIR B.MOHD.RAZUAN
TAHUKAH ANDA ?
Merokok menyebabkan 25% daripada penyakit jantung
koronori, 75% daripada penyakit saluran pernafasan kronik dan 90 % daripada
kesemua kes barah paru- paru.
( Sumber:
Modul Latihan Doktor Muda ) DM NADILA
SYAKIRA BT ZOHARI

No comments:
Post a Comment